Kedepanlah, bukannya tidak boleh…

**Ulangan post daripada blog lama: kafbarokafaliftanun.blogspot.com

[tag: lelaki: jangan biar orang lain mulakan]

Masalahnya ialah pada pemikiran. Hendak dikatakan kolot, tidak sesuai. Hendak dikatakan jumud, tidak juga sesuai. Semuanya cerdik belaka. Pernah belajar mengaji dan khatam al-quran sekali. Mampu membaca dengan tajwid dan tertib dan hafal satu dua surah pendek. Noktah. Cukup sudah rasa di hati. Nanti mungkin, tunggu tua sedikit, mengaji lagi. Atau nanti-nantilah, mengaji lagi. Cukuplah untuk tahu yang asasnya, ada masa tambah lagi.

Tatkala sembahyang berjemaah tiba.

Orang 1: diam

Orang 2 : membisu

Orang 3 : menunggu

Orang 4 : buat tidak tahu

Orang 5 : [berbisik] Hmmm… agak dah.

Berimamkan orang 5, mereka berjemaah berkongsi pahala yang berganda (insyaAllah) dengan ucapan amin serentak di hujung al-Fatihah, mengharapkan keampunan dosa-dosa lalu diberikan Allah dan keampunan itu hanya diperolehi jika kita berada dalam solat berjemaah ketika kita mengaminkan bersama imam.

Orang 5 tadi, bukannya ustaz, jauh lagi ulama. Cuma mampu membaca lunak sedikit dan juga hafal beberapa surah-surah pendek. Selepas itu, tiba lagi, waktu solat yang lain, senario yang sama berlaku. Semua membatu menunggu orang 5, kalau tidak, baik mereka solat bersendirian. Pantas, mudah, cepat dan ringkas. Pahala dan keampunan itu nanti-nantilah. Banyak lagi solat jemaah boleh buat, atau mungkin banyak lagi masa nanti nak solat jemaah. Di universiti atau di kolej, keadaan masanya terlalu sibuk. Banyak benda lain boleh buat lagi. Dan kemudian, orang 5 pun sampai. Semua menunggu lagi.

Orang 5: hhhhhmmmm….. kaulah jadi imam pulak

Orang 4: ehh, kaulah.. (tersengih)

Orang 3: takpe.. takpe.. kaulah jadi..

Orang 2: alah.. kau jadilah..

Orang 1: aku tak power macam kau lah.. kau aje lah..

Semua menolak, orang 5 lagi yang dukarela menjadi imam kerana tidak mahu melewatkan masa. Kan dah dicakapkan tadi. Kita sendiri yang merasa cukup. Pandai baca al-quran, tajwidnya tahu, tertibnya lengkap. Khatam juga pernah sekali. Tapi, kenapa bila tiba disuruh menjadi imam merasa tidak layak? Apakah kita tidak hafal surah Al-asr dan surah al-ikhlas. Alahai, liatnya masing-masing nak menjadi imam. Alasan yang diberikan untuk tidak menjadi imam tidak boleh diterima pakai. Tetapi, sebenarnya pemikiran yang membendung di sebalik alasan tadi.

Ramai antara kita mungkin berfikiran, imam itu ustaz sahaja yang sesuai, orang-orang alim, budak-budak sekolah agama,atau golongan-golongan yang tahu agama. Habis itu, kita golongan apa? Orang yang jahil agama? Orang yang terlupa rukun Islam? Orang yang baru belajar sembahyang? Menganggap tugas menjadi imam sebagai orang yang tahu agama sahaja adalah salah. Adakah anda yakin yang selalu jadi imam (di kalangan kenalan anda), mereka itu cukup tahu pasal agama, atau cukup alim. Apakah penilaian dengan yang cukup baik dan alim itu? Bukankah sudah cukup, khatam al-quran pernah sekali dua, baca ikut tajwid dan tertib untuk meletakkan kita yang lelaki sebagai imam? (seperti ramai yang selalu berfikiran sebegini).

Kalau dibuatkan kelas al-quran, kita sendiri berasa malas untuk sertai, kerana merasakan diri ini sudah cukup khatam sekali dan tahu membacanya, namun tiba masa untuk menjadi imam, kita sendiri yang berdolak dalih. Masalahnya ialah pada pemikiran. Berfikiran terbukalah dalam kehidupan sebagai muslim. Agama itu diterapkan dalam kehidupan seharian kita sebagai muslim, bukannya dijadikan sebagai satu rutin harian iaitu sembahyang dan berdoa sahaja seperti mengasingkan agama daripada kehidupan.

Melatih diri untuk mengatakan boleh tidaklah sesusah mana. Tiada siapa akan mentertawakan kita, jika kita mengimamkan dengan surah al-asr dan al-ikhlas. Tiada siapa yang akan memperkecilkan kita, jika kita terlupa akan surah-surah pendek itu. Jadikan kesilapan itu sebagai latihan, bukan mengelak untuk tersilap. Lebih bagus, anda sentiasa bersedia untuk mengurangkan kesilapan itu. Orang yang belajar itu dan kemudiannya tahu, dapat dua kebaikan, berbanding dengan orang yang tahu namun tidak mahu menambah pengetahuannya cuma mendapat satu kebaikan. Mari sama-sama fikirkan dan ubah cara pemikiran. Semoga kita mampu menjadi imam saat menjadi ketua usrah kelak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s