Share, like and comments

[tag: kesedaran vs keajaiban]

Dalam menongkah arus zaman, tiada siapa akan mampu menafikan perubahannya. Masa seperti cepat berlalu dan zaman berubah. Perubahan persekitaran kehidupan perlu disesuaikan seiring dengan arus zaman. Generasi demi generasi berlalu dan kini kita dalam generasi kita sendiri. Perlu setiap kita menyedari akan arus generasi lama bukan untuk ditinggalkan tetapi disesuaikan dengan generasi kita.

Tidak ketinggalan dengan medium dakwah. Keselarasan harus wujud seiring dengan zaman. Kita melihat medium dakwah online ini sudah mula popular. Pemikiran dapat disampaikan, mesej dakwah dapat dihantar dengan mudah. Tetapi persoalannya, dakwah jenis apakah yang berkesan dengan medium online ini.

Kita tahu zaman ini medium online: facebook, blogger, youtube dan sebagainya sudah popular. Facebook terutamanya. Terkenal dengan sharing video, status notes dan berbagai-bagai aplikasi. Sedar tidak sedar, terlalu banyak benda yang di“share”kan sehinggakan mata ini rambang untuk memilih tazkirah agama melalui video tazkirah ini, video tazkirah itu. Namun, kebanyakannya perkongsian-perkongsian video ini memang berisikan tazkirah agama, namun pengisian hanya sekadar di mata sahaja.

Contohnya, video keajaiban sotong lutsinar, video nama Allah di lengan, badan lembu, video singa menyebut nama Allah, batu terbang, konspirasi illuminati, keajaiban itu dan keajaiban ini dan macam-macam lagi. Sehinggakan video-video ini seperti membuahkan satu pemikiran yang kagumnya kita pada Allah hanya timbul apabila melihat video-video seperti ini.

Begitu juga dengan notes-notes yang ditulis. Kebanyakannya ditulis dengan cerita-cerita menyayat hati kehidupan zaman sekarang, dan rata-rata cerita tazkirah itu direka-reka untuk menambah sedap lagi cerita dan pengajaran. Tidak terlintas hati saya untuk membantah idea ini. Saya faham semua itu adalah seni supaya orang lebih tertarik dengan dakwah yang diberikan. Hakikatnya, bunga dalam dakwah itu bukan perkara asas, tetapi yang penting akarnya. Kerana bunga pada suatu masa akan layu ditelan musim namun akar dan batangnya akan tetap teguh berdiri. Menyingkap sirah daripada Al-Quran/Hadis jauh lebih bermanfaat kerana sirah itu benar dan peringatan itu lebih dekat, praktikal bahkan menarik. Lalu, tarbiyyah lebih terisi dalam diri.

Kita menyingkap sejarah dakwah para sahabat dan tabi’ tabiin dan orang-orang selepas itu. Mereka jarang didedahkan dengan cerita keajaiban itu dan ini seperti yang disebutkan pada perenggan keempat, tetapi dakwah mereka sampai dan penerimaan dakwah mereka pada orang-orang biasa terpaut terus pada hati seterusnya praktikal. Namun pada kita, dakwah kita dengan video-video dan notes-notes bertahan sekitar beberapa jam, itupun kerana menyemak dan menjawab komen-komen dan tanda “like” sahabat-sahabat. Kemudiannya, ditanyakan semula hari kemudiannya, tiada apa yang diingati pada pengisian video-video dan notes-notes. Dalam fikiran, ustaz itu lawak, dan benda itu ajaib dan sebagainya.

Tarbiyyah (pendidikan) ditujukan pada hati dan pemikiran, seterusnya membawa kepada praktikal. Saya tidak mengatakan salah video-video dan notes-notes yang di“share”kan itu. Sekadar ingin menyedarkan diri sendiri dan pada pembaca bukan itu perihal dakwah yang utama. Kerana setiap perkongsian kita sebenarnya menjadi sebahagian daripada kita dan itu akan menjadi tanggungjawab kita untuk kita sendiri mempraktikkan, bukan suka-suka “share” untuk orang lain menontonnya kerana ianya menarik. Jika benar ingin pada agama, kita tidak perlu menyemak video-video dan notes-notes berlatarkan agama yang  di“share”kan berjam-jam lamanya, bacalah surah-surah lazim beserta terjemahan/tafsirannya selama 5-10 minit, kerana tazkirah Allah itu lebih bermakna, ringkas dan dekat dengan manusia.

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?” [Al-Ghashiyah 88:17]

Tidak perlu kita mencari-cari keajaiban tuhan kerana tugas kita sebenarnya ialah sedar akan keajaiban lalu mengagungkan Allah SWT. Al-Quran itu sendiri ajaib. Buku yang tidak akan dilupakan dan tidak akan berhenti dibacakan sesaatpun sehingga akhir zaman. Buku yang tiada cacat cela dan sentiasa praktikal setiap masa kerana pengarangnya ialah Allah, tuhan pencipta segala kejadian. Suatu perkara untuk difikirkan, kita tidak perlu mencari keajaiban alam dan menyesuaikan dengan ayat Al-Quran kerana Al-Quran itu sendiri sebenarnya telah menyesuaikan dengan keajaiban alam. In english: “we don’t have to match al-quran with science and miracle because al-quran already matched them”. Sekadar pandangan.

“…Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya”. [Al-An’am 6:90]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s