Mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim AS

**Ulangan post daripada blog lama: kafbarokafaliftanun.blogspot.com

[tag: sudikah kita menjadi sahabat yang setia?]

Antara ibrah hari raya Aidiladha bagi kita yang tidak menunaikan haji ialah mengenang kembali pengorbanan ‘Khalilullah’, Ibrahim A.S.

Tidak perlu saya sentuh tentang sirah Nabi Ibrahim lagi kerana rata-rata daripada kita ramai sudah mengetahui tentang sirah Nabi Ibrahim A.S. dan pengorbanan yang dilakukannya. Antaranya:

1. Dicampak dalam api yang menjulang-julang.

2. Terpaksa meninggalkan keluarganya di padang pasir yang kering kontang.

3. Menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail A.S.

Dalam bahasa Arab, sahabat itu diungkap dengan pelbagai tingkatan. Daripada sahabat yang jauh sehinggalah sahabat yang betul-betul akrab. Antaranya ialah: zamil, sadiq, rafiq, sohib dan lain-lain. Semuanya membawa maksud sahabat. Namun sahabat yang tertinggi sekali keakrabannya dinamakan ‘Khalil’.

Jangan dipanggil ‘Khalil’ jika seseorang tidak sanggup mengorbankan dirinya untuk sahabatNya.

Jangan dipanggil ‘Khalil’ jika seseorang tidak sanggup meninggalkan keluarga demi sahabatNya.

Jangan dipanggil ‘Khalil’ jika seseorang tidak sanggup membunuh anaknya untuk sahabatNya.

Jangan dipanggil ‘Khalil’ jika seseorang tidak mampu berjuang demi sahabatNya.

Jadi persoalannya, adakah kita bersedia dan sanggup berusaha mendapatkan panggilan ‘Khalil’ atau hanya sekadar ingin menjadi sahabat yang teringat akan sahabatnya bila disebut namanya sahaja. Fikir-fikirkanlah bersama. Salam Aidiladha 1430 H.

Advertisements

3 thoughts on “Mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim AS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s