Mudah itu bermaksud mudah

[tag: Islam itu mudah, tetapi jangan ambil mudah]

Dalam Fiqh Awlawiyyat, banyak perkara yang menerangkan tentang mudahnya Islam yang jika diputuskan mengikut akal kita, hal itu tidak patut. Saya tidak mahu menyentuh ‘term’ Fiqh Awlawiyyat itu, tetapi hal-hal fiqh sebenarnya tidak sesusah logik akal, agama sudahpun memberikan panduan kepada perkara-perkara fiqh supaya ianya tampak mudah.

Islam itu mudah

Islam itu mudah. Seiring dengan hadis Rasulullah SAW:

“Islam itu mudah. Seseorang yang mempersulitnya, tidak akan mampu melaksanakannya. Berbuatlah yang benar, berkatalah yang baik , berilah kabar gembira , dan mintalah pertolongan ALLAH dengan bersedekah berupa makan pagi dan petang , atau satu macam perhiasan”. [Shahih Bukhari]

Islam tertegak atas hujah. Namun, dalam kemudahan Islam berikan, apakah patut sesuatu tindakan itu kita memudah-mudahkan itu betul sehingga apa yang kita perbuat seperti ala kadar, ataupun cara Islam sendiri menangani sesuatu isu memudahkan seseorang. Itu yang perlu kita fahami.

Dalam prinsip berdakwah Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal memudahkan. Kerana dengan memudahkan, urusan seseorang bertukar daripada payah menjadi mudah, daripada ragu-ragu menjadi yakin, daripada tidak pasti menjadi pasti, dan daripada salah boleh menjadi benar. Jika benar disebut melalui lidah setiap kita tentu mengatakan aku menyayangi Rasulullah, namun apakah sebutan menjadi ikrar kita mengikuti sunnah. Atau mungkin sebutan sayang Rasulullah hanya sekadar supaya orang tahu. Atau sebutan hanyalah ikrar bahawa Islam aku lebih baik daripada Islam engkau, sehinggakan setiap amal kita mahu dilihat kitalah yang terbaik, dan orang lain tidak.

Kerana itu, berdakwah memerlukan seni memudahkan. Seni dimana sunnah ditegakkan, dalam masa yang sama, memudahkan urusan orang lain atas panduan Islam juga elemen penting. Apabila syiar Islam mahu disebarkan, Rasulullah memilih pendakwah terbaik dari kalangan terbaik untuk melakukan kerja dakwah. Abdullah Ibn Mas’ud dan Muaz bin Jabal bukan calang-calang dai’e. Muaz bin Jabal seorang yang manis orangnya dengan kepetahan percakapannya, cukup alim bab halal dan haram. Abdullah Ibn Mas’ud pula terkenal dengan hafalannya yang baik, dan dialah yang paling alim hafalan berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain.

Dan sebelum mereka berangkat pergi melakukan tugas dakwah, Rasulullah berpesan:

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.” [Bukhari dan Muslim]

Dalam menangani satu dua perkara muamalat, jalan mudah perlu di ambil. Apabila kita meneliti sesebuah nasihat, pandangan atau ijtihad, dalil perlu disertakan, dan hal yang mudah perlu didahulukan. Tetapi sesebuah keputusan perkara khilaf, tidak semestinya orang lain perlu mengikuti perkara yang kita persetujui, jika itu terdapat khilaf berdasarkan hujah yang kuat.

Jadi, sekali lagi ditekankan. Islam itu mudah, namun jangan ambil mudah tentang Islam. Lakukanlah sesuatu perkara bukan untuk menyulitkan tetapi untuk menyenangkan. Berbuatlah kita berdasarkan apa yang benar dan berkatalah kita dengan perkataan yang elok. Bertawakallah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bertawakal dan yang meminta pertolongan daripadaNya.

Advertisements

2 thoughts on “Mudah itu bermaksud mudah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s