Hati batu emak

[tag: hanya luahan rasa buat emak]

Kelmarin, pertama kali menelefon mak dari tanah haram. Kemain seronok suara mak. Tercapai juga hajat mak ayah nak ke tanah haram. Kalau di Malaysia dahulu, sebut sahaja pasal tanah haram, tentang lokasi itu dan ini, mak dah tahu dah di mana, macammana tempatnya, apa persekitarannya. Macam 3 kali dah pernah pergi. Begitulah ‘eager’ nya mak pasal tanah haram dan haji ini.

melihat anaknya berlepas dari KLIA

Mak pergi haji bukan dengan cita-cita kosong. Husnul khatimah sudah tentu dipintanya. Mengasingkan diri daripada suasana kampong, saudara-mara dalam kadar masa yang lama bukan kebiasaan bagi mak dan ayah. Antara hajat terbesar mak di tanah haram sudah boleh diagak. Dia ingin benar melihat anak-anaknya bertemu jodoh.

Kadang-kadang kesian tengok mak, menelan kata-kata orang. Sindiran tawa, usik-usik orang di majlis kenduri-kendara. Secara langsung atau tidak langsung. Itu semua diterima rela oleh mak. Orang mungkin memaksudkan yang lain, tapi mesejnya jelas ditangkap mak. Begitulah hidup di kampung. Terpaksa menahan perasaan bila dikata orang. Sementara mak di tanah haram, biarlah mak memohon hajat di tanah haram. Kalau-kalau doa mak di dengar Allah, makbullah kehendaknya.

Bukannya tiada usaha dibuat oleh mak ayah. Hendak disalahkan takdir, bukan kuasa manusia untuk menilai. Disangka buatan orang tidak juga. Saya bongsu 8 beradik. Hendak dikatakan adik beradik lawa orangnya pun, biasa-biasa saja. Tapi semua sudah berkelulusan. Bab agama di bawah didikan emak sebagai guru KAFA semasa umur pertengahannya boleh dikatakan terjamin. Walaupun luaran bukan ukuran sebuah jodoh pertemuan, tetapi kalau dibandingkan orang lain, ada juga jodoh yang datang walaupun parasnya biasa-biasa.

Dengan ke Makkah, mak pasti luahkan segalanya pada Tuhan.Saya juga mendoakan doa emak ayah termakbul. Tidak mahu tengok mak berlinang air mata lagi…

Begitulah hidup ini, sentiasa penuh dengan ujian dan sudah tentu setiap ujian itu ada hikmahnya. Jodoh pertemuan milik Allah. Sabarlah mak dan ayah. Berdoalah terus di tanah haram. Insya Allah, Dia akan memakbulkan.

Advertisements

4 thoughts on “Hati batu emak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s