Alangkah Lucunya (Negeri Ini)

[tag: tarbiyyah di jalan yang salah]

Di Indonesia, penyeluk saku itu dipanggil pencopet. Saya memang tertarik dengan semua hasil karya Deddy Mizwar, sutradara filem terkenal dari Indonesia. Di saat Indonesia sedang bergelumang dengan terlahirnya filem-filem seram lucah macam cendawan tumbuh, entah di mana silapnya Negara ini boleh membiarkan sahaja filem genre ini berleluasa. Namun, Deddy Mizwar tetap tampil dengan filem Nasionalisme dan Keagamaan membuatkan saya tabik ‘spring’ buat bapak Deddy Mizwar.

Berbanding di Malaysia, setiap kali filem baru keluar, cinta saja motifnya. Betul, saya mengkritik hebat filem-filem Melayu di Malaysia, kerana kualiti perfileman yang rendah, dan jalan cerita Cinta yang kurang menarik. Hanya menghanyutkan para remaja untuk terus bercinta. Entah, di dunia ini tiada hal yang lain lagi selain bercinta?  Sampaikan saya terbaca iklan di Internet dan artikel di surat khabar, antara nama filem terbaru di Malaysia ialah ‘karipap cinta’. Lucu? Dah tiada tajuk lain yang sedap lagi ker sampai karipap pun nak bercinta?

Saya syorkan penggemar filem-filem religi dan nasionalisme untuk menonton filem Alangkah Lucunya (Negeri Ini). Kualiti perfileman yang mantap dan sutradara yang  menarik, siapa saja boleh mengatakan ini filem yang terbaik pernah ditonton. Walaupun ini filem Indonesia, semangat nasional Indonesia, tapi mesej yang dibawa memang universal. Rakyat negara mana saja boleh tonton.

Tema filemnya mudah. Di sebalik kemiskinan dan kebejatan sosial yang berlaku, Deddy Mizwar membawa mesej bahawa semua masalah sosial ini berpunca dari akarnya iaitu korupsi dan penyalahgunaan wang rakyat. Hasilnya, rakyat menjadi susah dan bergadang nyawa mencari rezeki biarpun cara mendapatkan rezeki itu salah. Selain itu, tema pendidikan, tema halal dan haram, tema percintaan yang ‘simple’ dan terkawal juga digarap dalam filem ini. Saya sediakan satu babak filem ini di bawah buat pembaca menilainya.

Sekali lagi tabik ‘spring’ buat bapak Deddy Mizwar. Beliau memang banyak sudah menghasilkan filem-filem religi dan nasionalisme yang hebat dan saya tetap menunggu lagi akan filem-filem barunya yang ditayangkan di pawagam ‘Youtube’. Hehehe.. Selamat Menonton.

Advertisements

3 thoughts on “Alangkah Lucunya (Negeri Ini)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s