Kegembiraan di Eid Ul-Fitr

[tag: Aidilfitri, hari kemenangan]

Sememangnya Aidilfitri memberikan keceriaan kepada semua orang. Tidak kisahlah, yang muda, yang tua, miskin atau kaya, Eid-ul Fitr diraikan dengan kegembiraan dan kemeriahan secara sederhana. Inilah hari menghiburkan dan menggembirakan hati muslim setelah berpuasa memfokuskan ibadah selama sebulan.

sesi bergambar selepas solat sunat Aidilfitri

Kegembiraan itu bermakna sambut dengan merasa bahagia dan senang hati. Itulah Hari Raya. Berbalas senyuman gelak tawa, saling bertanya khabar berkongsi suasana. Indahnyalah Islam ini!! Hari kemenangan umat dirai bersama. Begitu juga saya disini. Pada hari raya pertama, walaupun masih ada kelas dan assignment sebagainya, segala puji bagi Allah memberikan saya kesempatan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di rantau orang ni buat kali ke tiga. Penuh dewan solat dibanjiri orang daripada pelbagai bangsa, budaya, kulit rupa dan bahasa. Semuanya keriangan menyambut aidilfitri atau Eid Mubarak.

Memang tidak terasa sunyi beraya di perantauan ini, kerana saya dikurniai kawan-kawan yang ramai bersama-sama berkongsi kegembiraan.

Kegembiraan disunatkan dan hiburan dilunakkan pada hari raya Aidilfitri. Inilah sunnah Nabi SAW. Teringat  saya pada hadis baginda SAW tentang aidilfitri yang berbunyi:

Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu’ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar  r.a : ” Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : Wahai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukhari , 1/335

Lihatlah, Rasulullah juga menikmati hari raya dengan kegembiraan. Suara wanita yang digelar seruling syaitan oleh Abu Bakr RA, dibenarkan oleh Rasulullah SAW pada hari raya kerana itulah sumber hiburan yang menggembirakan ketika itu. Saya kagum dengan Rasulullah SAW dan Abu Bakr. Hadis ini memang bermakna bagi kita umat Islam seluruh dunia terutamanya di hari mulia ini iaitu Hari Raya. Islam tidak memusuhi hiburan, tidak langsung! Ada kalanya ia dibenarkan dan ketika itulah pada hari raya.

Sahabat-sahabat sekalian. Kalaulah anda membuat persembahan hari raya di rumah terbuka atau dimana-mana, nikmatilah persembahan itu dan berhiburlah dengan cara yang halal. Rasulullah telah membenarkan pada hari raya ini. Anda telah berpuasa selama sebulan dan beribadah dengan ibadah sunat yang lain, terimalah hadiah dari Allah, untuk kita hari ini, iaitu Aidilfitri, hari kemenangan.

This slideshow requires JavaScript.

Alhamdulillah saya disini, menikmati hari raya  tahun ini di hari lahir ke-20 M. Semoga baki umur ini akan dihabiskan untuk mengingati nikmat-nikmat yang Allah berikan dan mentaati agamanya selagi mana nikmat umur ini masih dipanjangkan Allah. InsyaAllah.

Salam Aidilfitri, hari kembalinya kepada fitrah sebagai seorang hamba Allah. Allahu Akbar wa Lillah Al-Hamd.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s