Kembali ke sekolah dan lain-lain

[tag: Ramadhan dan Fall]

Dalam 2 hari lagi, sekolah Fall dah pun nak bermula. Memang ada rasa ‘nervous’ sikit bila sekolah nak mula. Subjek yang diambil pun makin ‘tough’. Harap-harap Allah mempermudahkan semuanya nanti. Sejak habis kelas summer (Aug 13), beberapa benda penting yang berlaku.

Lewis House

Pertamanya, pindah bilik. Walaupun memenatkan, tapi ianya berbaloi sebab dapat bilik yang lebih selesa daripada semester lepas. Teringat lagi semester lepas dahulu, bila aku diundi untuk tinggal di hostel lain yang satu bilik, cepat betul mengeluh. Manusia macam itulah. Bila dapat yang kurang daripada orang lain, mengeluh sini, mengeluh sana. Tambah pula, jiran sebelah bilik itu bising-bising sampai kadang-kadang terpaksa telefon ‘resident assistant’ untuk diamkan bilik sebelah tu. Nasib baik, aku cepat-cepat berdoa pada Allah, minta pada Allah, bilik yang lebih selesa sedikit untuk semester akan datang. Allah kabulkan permintaanku. Summer kemudiannya, dapat bilik dua orang yang besar dan sangat selesa dan semester ini dapat juga bilik tiga orang yang besar dan selesa. Alhamdulillah. Buat orang-orang yang tinggal di hostel satu bilik itu (branscomb), berdoalah kalian, dengan ucapkan syukur dengan apa yang ada sekarang dan doa akan mendapat bilik lebih baik semester hadapan. InsyaAllah, Allah itu maha pemurah.

bersama Dr. Rubiah K. Hamzah

Selepas pindah bilik, dapat pula mengikuti program anjuran MSD Chicago. Program motivasi diri bersama Dr. Rubiah K. Hamzah. MasyaAllah, banyak benda baru belajar kerana sebelum ini kita fikir semua manusia itu akalnya waras, namun dimensi dunia yang selalu kita lalui ni, tak semua orang melaluinya dengan normal. Kesihatan akal yang waras dipupuk dengan motivasi. Jadi, kita harus selalu bermotivasi supaya akal terus sihat menjalani kehidupan. Bukan senang dapat berprogram sebegini, kerana duduk di universiti luar negeri ni, memang jarang-jarang berpeluang sebegini, melainkan ada keizinan masa dan speaker. Setelah habis berprogram sempat juga jalan-jalan di kota Chicago.

makan angin di kota Chicago

Pungutan sadaqah iftar sudahpun aku kumpulkan dan diberi pada pihak ICN (Islamic Center of Nashville). Pemurah betul pelajar-pelajar Vandy ni, dapat juga kumpul sadaqah untuk ‘sponsor’ makan iftar buat 2 malam. Masa kutip sadaqah hari itu, terfikir juga, kadang-kadang kita tak sangka, orang yang kita kenal sebigini orangnya, tiba-tiba beri sadaqah yang di luar sangkaan kita. MasyaAllah, pemurahnya mereka! Justeru pengajaran untuk diri sendiri, jangan cepat nak ‘judge’ seseorang, apalah sangat pengetahuan yang kita ada terhadap seseorang melainkan hati hamba itu sahaja tahu ketakwaannya pada Allah. Bukan pada perangai luarannya. Terima kasih kepada pemberi-pemberi sadaqah. Allah saja boleh membalas!

Berkatilah daku di bulan Ramadhan

Ramadhan pun terus berlalu hari demi hari. Pantas betul masa berlalu. Harap-harap setiap hari cinta Ramadhan berbalas tahun ini ya Allah. Amin. Ramadhan Kareem.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s