Maaf, ini tidak elok.

[tag: apa khabar iman?]

Selepas solat Subuh berjemaah tadi, selalunya akan dibacakan hadis 40 secara ringkas. Hari ni, dibacakan pula hadis yang ke-34. Hadis tersebut berbunyi:

Daripada Abu Sa’id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Tercabar betul hati bila baca hadis ni. Inilah sebenarnya kerja yang paling berat. Kerana mencegah kemungkaran itu bukan perkara yang mudah. Lagi-lagi menegur kawan-kawan yang dah rapat, memang susah nak tegur bila kita tahu ada silapnya si kawan ni.

Ada kalanya, teguran itu perlu. Kerana sesuatu perkara yang mungkar, wajib untuk dicegah. Pihak yang di tegur seharusnya faham dan bersifat terbuka. Ada kalanya tindakan kita tidak semuanya betul. Kadang-kadang, ada benda orang mengata kita, kerana perbuatan kita, dan perbuatan itu harus di tegur. Adakala ada orang malu menegur, tapi menyindir berseloroh sahaja yang mendalam maknanya, harus juga kita memahaminya dan mengambil sebagai teguran.

Faham agama, tidak semestinya memerlukan banyak pengetahuan agama, biar sedikit, tapi praktikalnya jelas. Ada benda di sisi agama yang dilarang kita ikut, dan ada benda yang tidak dilarang kita terimanya sebagai panduan dalam kehidupan. Masalahnya, kita sendiri kena haruslah ada sensitiviti terhadap peraturan tuhan sebagai ‘guideline’ dalam hal-hal kehidupan.

Teguran yang disalurkan perlulah memerlukan keikhlasan. Perkara tidak manis yang menjadi bualan orang itu juga mungkin atas kesilapan kita sendiri. Sebab itu, menegur depan-depan juga bukanlah cara yang wajar jika sesuatu itu mengaibkan, dan teguran hati ke hati itu lebih baik.

Masa seharusnya mendewasakan kita, terutamanya dalam memahami agama. Sebab itu apabila hadis ini menyebut tentang mungkar, jelaslah itu perkara mungkar yang bertentangan agama. Seperti: berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan bukan muhrim, meninggalkan solat, membuka aurat, minum arak, berjudi, dan sewaktu dengannya, ini semua perkara yang jelas kemungkarannya. Namun, perkara yang mungkarnya kurang jelas, seperti: hasad, tabiat atau tentang sikap seseorang itu tidak elok ditegur di khalayak dan itu semuanya memerlukan teguran tarbiyyah supaya individu boleh nampak dan merasai dalam membezakan perkara itu sesuatu yang baik di sisi Allah atau tidak. Di sinilah peranannya memilih sahabat, supaya betul membetulkan satu sama lain atas kerana sayangkan agama dan persahabatan.

Biarlah besar mana pun kemungkaran, jadilah kita orang yang kita akur akan kesilapan dan sedia untuk berubah. Atau sekurang-sekurangnya, gunalah kedhaifan iman ini supaya terus menjauhkan perkara-perkara mungkar, walaupun tidak mampu menegur, kerana itu lebih mulia di sisi Allah SWT. Jadi, bersedialah kita untuk ditegur dan menegur demi kebaikan diri dan keredhaan Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s