Makhluk Tuhan Paling Seksi

[tag: pertimbangan akal oleh Iman]

Tajuk entri ini tak ubah seperti tajuk sebuah lagu hit yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia tak berapa lama dahulu. Memang saya dengan sengaja bermaksud untuk meniru tajuk lagu itu tetapi dengan cara huraian yang lain.

Apabila manusia mula keliru dengan hak dan batil, manusia mula akan hilang pertimbangan dalam menilai sesuatu itu betul atau salah. Kekuatan Iman meletakkan seseorang akan terus berada di jalan yang hak dan batil akan tertewas. Minggu lepas, saya mendengar sebuah radio di Malaysia secara online dan kebetulan, lagu ini diputarkan oleh DJ radio tersebut mengatakan ini ialah sebuah lagu hit daripada penyanyi bernama sekian sekian, dan mengharapkan para pendengarnya terhibur. Sungguh, saya tidak terhibur.

Bagaimana seseorang mampu untuk menilai lirik lagu ini sebagai lirik yang baik? Saya berfikir lagu ini sangat meracuni pemikiran manusia yang hak terutamanya bagi pihak lelaki. Ternyata lagu ini hanya dicipta untuk memuaskan nafsu serta mengaut keuntungan daripada lirik yang kurang sesuai pada sebuah fitrah kehidupan manusia. Jika lirik sudah tidak baik, apatah lagi video klipnya.

Bagi saya, pencipta lirik dan penyanyi lagu ini sudah lupa akan makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Jika ditanyakan pada saya, apakah makhluk tuhan paling seksi? Jawapan saya ialah binatang. Oleh kerana binatang itu memang dilahirkan tidak berbaju dan mereka memang pun tidak menutup bahagian tubuh badan mereka.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Al-A'raf 7:26

Walaupun ini bukanlah merupakan lagu yang baru diputarkan di corong radio, ternyata, anda kalah wahai pencipta dan penyanyi lagu. Kerana anda bukan makhluk tuhan paling seksi. Tetapi, jika benar manusia itu mengakui mereka makhluk tuhan paling seksi, tidak ubah saya katakan, mereka itu hanya umpama binatang kerana binatanglah makhluk Tuhan yang paling seksi sebenarnya! Sorry, no offense  : )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s