Tulen

[tag: post-ISNA di bulan Rejab]

Alhamdulillah, berlalu sudah dua hari berada di conference terbesar buat umat Muslim di North America. Bertuah juga ditakdirkan Allah, saya bersama lapan yang lain dapat menyertai ISNA conference kali ini setelah diuji dengan masalah penyewaan kereta pada awalnya. Hampir saja yang mencari kereta ‘give up’ nak mencari kereta sewa. Namun, semuanya dimudahkan oleh kerana pertolongan Allah yang sentiasa memberi rahmat buat orang yang mencari ilmu-ilmuNya.

Bagi saya, ini merupakan penyertaan ISNA conference buat kali kedua. Kurang lebih 10000 orang juga menghadiri conference kali ini. Berbagai-bagai jenis bangsa, kaum, kulit dan bahasa, namun semuanya hadir untuk mencari dan mendengar ilmu-ilmu Allah. Speaker-speaker yang hadir juga semuanya hebat-hebat. Nama-nama besar seperti Sh. Yasir Qadhi, Sh. Hamza Yusuf, Suhaib Webb, Imam Siraj Wahhaj, Imam Abdul Nasir Jangda, Bro. Nouman Ali Khan, Sh. Yasir Birjas, Prof. Tariq Ramadan dan ramai lagi speaker-speaker yang hebat hadir mencurahkan ilmu dan tazkirah kepada pendengar yang hadir. Saya sempat menghadiri sesi Bro. Nouman Ali Khan, Sh. Yasir Qadhi dan Sh. Yasir Birjas, Imam Suhaib Webb dan Imam Abdul Nasir Jangda. Sesi-sesi yang saya sertai semuanya berkisarkan sirah di zaman Rasulullah dan selepasnya.

bersama Sh. Yasir Birjas

Namun, satu pengajaran yang membuat hati ini sentiasa kagum dengan agama Allah. Iaitu ketulenan ilmu. Bagi seorang muslim yang biasa, tentunya kita pernah mendengar kisah-kisah sirah nabi-nabi dan sahabat Rasulullah SAW. Tetapi, walaupun kita pernah mendengar kisah-kisah berikut di Malaysia ker, di  ISNA conference ker, di Jordan ker, di Mesir ker, di usrah ker, di masjid ker, atau mana-mana tempat, tentunya cerita yang sama juga diulang. Tidak kisahlah kita sudah mendengarnya beberapa kali, diceritakan oleh orang-orang atau sheikh-sheikh yang berbeza, tentunya setiap kali diulang, itulah cerita yang sama diulang. Itulah juga peristiwa yang diulang dan nama serta tempat yang sama akan diulang. Tulen atau ketulenan dalam agama menjadi akar kepada agama Islam untuk sentiasa terpelihara sehingga akhir zaman. Malah di ISNA conference ini, bukan sahaja saya mendengar cerita sirah-sirah yang pernah saya dengar, tetapi pengajaran dan detail di sebalik sirah itu membuatkan saya  lebih berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya dan bukannya setakat mendengar. Benarlah firman Allah:

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Al-Hijr 15:9.

Daripada konsep ketulenan agama ini, dapatlah kita faham, segala tokok tambah dalam agama akan dipertikai dan tertolak. Syariat sudah lengkap pada zaman Nabi SAW. Segala amalan haruslah tulen dan benar disandarkan daripada Nabi SAW. Cumanya, dalam muamalat kehidupan penafsiran pemahaman Ilmu itu sahaja yang boleh berubah dalam menepati zaman.

Menjelangnya Israk Mikraj, kita haruslah faham juga, tidak ada apa-apa ibadat tertentu pun yang melibatkan dengan peristiwa Israk Mikraj atau 27 Rejab. Bahkan para ulama dahulu juga ada diantaranya menyebut tiada tarikh yang khusus pun tentang peristiwa Israk Mikraj ini melainkan ianya diketahui pada bulan Rejab.

Begitu juga dengan hadis yang disandarkan kepada Rasulullah SAW yang berbunyi:

Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku

Ini juga bukanlah hadith yang shahih bahkan palsu yang diriwayatkan oleh Ibn Jahdam yang juga banyak meriwayatkan hadith-hadith palsu yang lain. Dan, tiada juga amalan-amalan lain yang tertentu dalam bulan Rejab ini.

Agama Islam ialah agama yang tulen. Kita seharusnya bersyukur sebab kita ditakdirkan untuk menganut agama Islam yang tulen ini dan bukan dalam agama lain. Jadi, setiap hari kita harus mensyukuri nikmat Islam ini kerana masih lagi ramai yang diluar sana masih ‘struggle’ mencari jalan agama yang tulen sedangkan kita sudah berada di atas jalan itu. Jom tambah amal!

Salah satu ‘quote’ random yang saya suka daripada ucapan prof. Tariq Ramadan semasa ucapannya di main forum ISNA:

It is not community need to serve the Ulama’, but the Ulama’ need to serve the community

Such a meaningful and powerful quote for the Ulama’ out there. Isn’t it?

Rujukan:

buku “Menangkis pencemaran terhadap agama dan tokoh-tokohnya” tulisan SS Dr MAZA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s