As-Saiyf wa Ar-Rijal

[tag: summer 2010 & upcoming ISNA conference]

Musim panas memang menguji rohani dan jasmani. Banyak ujian daripada pelbagai aspek sebenarnya, namun dua ujian bagi diri saya yang paling ketara. Pertamanya, Subuh. Ini merupakan perkara hidup dan mati. Hidup maknanya, bangun dan tunaikan solat Subuh, mati iaitu tidur mati. Ternyata, waktu central ini agak mencabar, kalau waktu eastern, subuh mereka agak lewat sedikit, tapi Subuh waktu central agak awal sebenarnya terutamanya di penghujung bulan 6. Ini merupakan waktu ‘peak’ ataupun siang paling panjang dalam setahun. Subuh di waktu ini masuk dianggarkan dalam 4.05am, matahari terbit jam 5.32am dan terbenam pada jam 8.09pm. Maknanya waktu siang disini musim panas anggarannya ialah 14 jam 30 minit.

Subuh yang awal memerlukan sedikit kerja keras untuk bangun Subuh. Betul, waktu berubah, aktiviti harian pun kenalah diubah untuk ‘adapt’ dengan waktu tertentu, tapi semuanya bukan mudah nak dilakukan. Jadi, memang setiap hari saya kunci jam yang disambungkan ke speaker ‘full volume + bass’ untuk kejutkan diri ini setiap hari.

Ujiannya apabila jam tersilap dikunci, terkunci pula 4.05pm. Terlupa kunci jam juga jadi satu masalah. Dan sekarang masalah terbaru pulak, jam sudah dikunci tapi tak terbangun. Ini makin serius. Sebabnya, telinga ini dah lali pulak dengar bunyi yang sama setiap hari. Sampai dengar bunyi yang satu floor boleh dengar pun tak bangun, ini parah. Haaaih.. Inilah masalah kalau tidur mati ni. Kalau boleh, nak jer cari bunyi petir buat jadi alarm, takut nanti terkejut sakit jantung pulak. Hmm… Kalaulah ada alarm yang simbah air pun bagus juga. Heheh.. ‘Sure’ bangun setiap hari, insyaAllah.

Satu lagi ujian waktu summer ialah pemandangan. Waktu summer inilah, pemandangan seorang lelaki menjadi semakin luas. Luas macammana pun susah nak diterangkan. Apa yang boleh diminta ialah: ya Allah, minta teguhkanlah hati ini, supaya sensitiviti hati ini terhadap perkara-perkara yang kurang baik ini terus terlintas dalam hati. Jadi, buat ar-rijal, jom layan sikit tazkirah dari Imam Siraj Wahhaj. Insya-Allah, hujung minggu ini minta dipermudahkan Allah, saya akan dapat berjumpa dengan Imam Siraj Wahhaj di ISNA Conference bertempat di Chicago. Ada rasa ‘excited’ sedikit sebenarnya. Tidaklah lengkap cinta seorang pencari ilmu jika tidak berjumpa dengan Ulama’. Semoga Imam Siraj Wahhaj terus berada dalam keadaan sihat. (sebelum ini Imam Siraj Wahhaj dilaporkan sakit kanser dan sudah diubati)

Lagi maklumat tentang ISNA Conference: [link]

As-Saiyf wa Ar-Rijal – Summer & Lelaki

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s