Gol, offside & teknologi

[tag: zaman teknologi]

Beberapa kejutan keputusan di awal saingan world cup sudah di agak. Kedua-dua finalis WC 06′ sudah hilang sengat. Tapi, sepanjang saingan WC 10′ banyak juga kejutan yang datang bukan dari pemain, tetapi referee. Memang tak puas hati betul bila referee membuat tiupan pada kesalahan tidak sepatutnya. Tak puas hati, bila tidak offside ditiup juga wisel dikenakan offside. Bila offside dikatakan tidak offside. Bola sudah masuk gol dikatakan tidak gol. FIFA sepatutnya memahami situasi ini dengan keadaan teknologi yang serba canggih. Tidak mungkinlah referee yang dipilih melalui ujian dan saringan beserta pengalaman, tidak akan melakukan kesilapan. Malahan, penonton pula kadang-kadang lebih arif apa yang terjadi di tengah padang berbanding referee.

Penggunaan teknologi kamera bukanlah menidakkan kredibiliti referee untuk menghukum satu-satu kesalahan secara natural, tetapi ianya akan menjadi lebih adil dalam membuat keputusan terhadap satu-satu kesalahan. Nama pun pengadil bukannya penyilap. Kalau ya pun tidak mahu guna kamera sepenuhnya, ‘goal line camera’ saja sudah cukup sebagai permulaan. Melalui kamera di jaring, gol lebih dapat ditentukan dengan tepat sama ada bola sudah melepasi garisan gol atau belum. Kerana satu gol, mampu mengubah morale pemain untuk menaikkan semangat ‘team’. Bahkan satu gol, boleh menyebabkan pelabur-pelabur penaja sesebuah pasukan untung atau rugi dalam jumlah wang yang besar. Lagipun, sekarang ini zaman teknologi, bukannya zaman kuno. Kalau betul tidak mahu guna teknologi dalam bola sepak, macammana pula referee boleh berhubung sesama mereka di tengah padang, bukan ker ‘wireless earphone’ itu pun teknologi? Kalau di US, semua sukan-sukan besar mereka gunakan teknologi kamera. Itu baru lebih adil dan puaskan hati semua pihak.

Apa-apa pun, England sudahpun kecundang saingan WC 10′. Haih, penat jer Fabio Capello pilih pemain. Pilih pemain bagai nak rak, tapi hasilnya langsung tak memuaskan. Walaupun gol Lampard dinafikan referee (padahal bola dah masuk gol) tapi, ‘gameplay’ England menentang Germany memang tak bagus. Habislah media-media di UK hentam pasukan depa ni. Berbagai-bagai analisis keluar nanti di TV daripada penganalisis sukan. Mana tak nya, liga paling kompetitif di dunia tapi pasukan kebangsaan negara sendiri tak bermain dengan bagus. [link]

Saingan WC 10′ kali ni dah tak ada pasukan yang berbahasa inggeris sebagai bahasa rasmi, selepas England dan USA juga terkeluar. USA keluar dengan ‘pride’ dikalahkan oleh Ghana dalam masa tambahan, kira ok lah juga. England pula terkeluar dengan dimalukan. Tunggu lagilah nampaknya 4 tahun lagi di Brazil nanti. ‘Pressure’ jugak jadi pemain bola ni. Hhmmm…

Frank Lampard disallowed goal:

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s