3 Dimensi

[tag: seperti boleh disentuh]

Minggu lepas saya berkesempatan dengan beberapa kawan yang lain untuk menonton movie dalam 3D iaitu movie ‘Shrek:Forever After’. Memang menakjubkan teknologi yang digunakan. Pertama kali dapat tengok movie dalam 3D, gayat dibuatnya. Sebelum masuk ke tempat movie, dia bagi cermin mata RealD ni.

Tujuan pergi tengok movie bukannya apa, tak lain ialah nak merasai teknologi baru yang tercipta ni. Barulah tahu betapa 3D-nya sesebuah movie ni. Masa kami tengok wayang tu pun dalam bilik wayang tu, ada 7 orang jer. 2 orang luar, kami berlima. Menarik kah tengok movie 3D ni? Jawapannya: ‘awesome’. Tapi, sebab 3D ni lah orang berebut-rebut nak tengok lagi. Saya taklah pulak mempromosi tengok movie dalam 3D (banyak pulak dosa kalau orang tengok cerita bukan-bukan nanti), cuma nak katakan teknologi 3D ini memang mengagumkan. Haih, kalau pasal hiburan ni, ada saja teknologi dibangunkan demi hiburan. Jujur cakap, saya kurang sikit bab-bab tengok movie di panggung wayang. Tapi sebab nak tengok teknologi baru punya pasal, pergi jugaklah, nak merasa apa yang dah diceritakan orang.

Kalau tengok movie 3D ni, tak boleh tanggal cermin mata 3D tu, nanti pening kepala. Sebab gambar dia macam ‘multiple’ kalau kita tanggalkan cermin  mata. Itulah fungsinya cermin mata tu. Cerminnya menyerap cahaya yang ‘berlapis’ atau ‘multiple’ tu, dari sebelah kiri dan kanan dan satukan cahaya yang ‘multiple’ tu jadi satu ‘layer’ cahaya sahaja depan mata kita (polarizing effect). Maknanya mata kiri dan kanan kita dua-dua nampak image yang lain, dan akan digabungkan dalam otak kita untuk menjadi satu image yang lengkap dan sempurna. Otak kita pula nanti ‘interpret’ jarak image yang dihasilkan itu secara 3D maknanya nampak macam dekat dengan mata.

Jadi, apa yang gempaknya 3D ni ialah diorang (‘the inventors’) kena buat satu skrin pancaran untuk pancarkan movie ini dalam ‘multiple layer’ dengan ‘angle’ yang tepat, supaya semua orang dalam bilik tu akan dapat tonton image yang sama dengan 3D yang sama. Jadi, dengan pancaran ‘angle’ yang tepat, semua orang akan merasai suasana 3D tu. Skrin pancaran dari kiri dan kanan haruslah selari dan berada pada kedudukan yang tepat. Kalau tak paham apa yang saya terangkan ni, haaa, ‘google’ sendiri. Tak payahlah nak baca entri saya tulis ni. Wakaka. Kalau nak cuba sendiri, sila lihat image kat bawah ni pulak dan cuba julingkan mata anda. Anda akan nampak dua image ini sebagai satu image dan dekat dengan mata, macam 3D.

Kalau tak nampak, pendek umur. Selamat mencuba! : P

p/s: jangan cuba sampai pening kepala sudahlah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s