Demam

[tag: Piala Dunia 2010]

Demam Piala Dunia!!! Wohoo. Walaupun tak berapa ‘power’ sangat bermain bola sepak, tapi kalau pasal tengok bola, memang cukup minat. Kadang-kadang sanggup berjaga malam pasal nak tengok bola jer. Tapi, itu dulu lah. Sekarang game bola, waktu US semuanya siang. World Cup di sini pun paling awal 6.30 pagi. Tambah-tambah pulak syuruk 5.30am. Satu benda yang memang tak selalu jadi tabiat ialah tidur lepas Subuh. Orang tua-tua cakap, kalau nak pilih pasangan pun, jangan cari yang suka tidur lepas Subuh, tak menyusu anak nanti. Haha. Orang tua-tua cakap la, adalah hikmahnya mungkin. Jadi, terlanjur dah terjaga lepas subuh, bola memang susah nak ‘miss’ nak tengok.

Kebanyakan orang, masing-masing pilih pasukan Belanda sebagai antara yang ‘favorite’ untuk menang piala dunia kali ni, selain Sepanyol. Memang susah nak nafikan, team Belanda ada kekuatan pada semua posisi, sama juga dengan Sepanyol. Aku memang suka tengok cara permainan mamat kat bawah ni:

Cara permainan dia memang agak susah nak diagak, lagi-lagi, kalau pemain yang ‘mark’ dia ni, teragak-agak. Agak-agak jer lah maksudnya kalau tak faham. Walaupun Arjen Robben ni tak berapa nak kacak macam Cristiano Ronaldo, dan tak berapa nak ‘cute’ macam Kaka, ada pulak botak sikit kat tengah-tengah kepala dia, semua ini tak menghalang pemain sayap kanan ni untuk menyerlah di Piala Dunia ni. Walaupun, ‘first game’ dia tak dapat beraksi, sebab kecederaan ringan dan masih tak ‘fit’ untuk bermain, tapi, mungkin game seterusnya kita boleh tengok Arjen Robben beraksi. ‘Power tak power’ tengok sendiri. Harap-harap, pasukan Belanda ni bolehlah menang Piala Dunia kali ni. Walaupun Belanda ni, negara dia kecil sedikit dari Pahang, tapi tak bermakna Pahang lagi ‘power’, sebab Belanda dapat masuk piala dunia, Pahang tak dapat. Haha. Meskipun dilihat sebagai pasukan anjing bawahan atau ‘underdog’ tapi pasukan Belanda memang dah dijangkakan memberi tentangan sengit dalam Piala Dunia kali ni. Bak kata pepatah Belanda:

probeer het in ons beste

Aku selalu sokong satu team saja dalam apa-apa tournament bola sepak. Selalunya team yang menanglah. Taklah segan sangat, sebab selalu menang. Tapi untuk piala dunia kali ni, kalau orang tanya, aku sokong pasukan apa untuk piala dunia kali ni. Semestinyalah Belanda menjadi pilihan. Kalau tak Belanda, aku sokong Netherlands, kalau tak Holland, atau kalau tak pun, aku sokong Dutch. Suka hati kaulah. Apa-apa pun, jom layan video kat bawah ni pasal skuad Oranje ni. Sebelum tu, world cup, world cup jugak, isu Palestin, jangan kita lupa yer. Layaann.

p/s: kalau ada Malaysia dalam Piala Dunia ni, dah lama aku sokong Malaysia dah.

Advertisements

2 thoughts on “Demam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s