Sayu

[tag: selamat tinggal kenangan]

Pagi-pagi buta ni, rasa sayu pulak nak tinggalkan Malaysia. Syukur, Alhamdulillah. Hampir sebulan dah bercuti. Memang rasa puas dan cukup sebenarnya. Sebab aku ni memang jenis tak kisah sangat. Sebulan cuti ke, seminggu cuti ke, cukup je rasanya. Semoga percutian ini dapatlah release beberapa perasaan yang terpendam kat Malaysia. Di Malaysia, bab makanan memang tip top. Siapa yang berada di Malaysia sepatutnya bersyukur banyak-banyak, sebab makanan tempatan memang ‘marvellous’. Malaysia memang sedang membangun terutamanya di Negeri Sembilan. Kehidupan pun semakin kompetitif. Cumanya, minda sesetengah orang Malaysia masih belum lagi nak terbuka. Keperihatinan pun agak kurang. Jadi, kita golongan generasi modal insan ni, kenalah sedar-sedarkan diri, supaya nanti dapat menghasilkan generasi minda kelas pertama.

Nak balik USA, part paling tak best ialah naik ‘flight’. 26 jam dalam ‘flight’ memang agak membosankan. Kadang-kadang cemburu tengok ‘member’ sebelah tengok berpuluh-puluh movie dah, bila aku try tengok satu movie jer dah mula bosan. Entah bilalah aku start bosan tengok cerita-cerita fantasi yang agak kekartunan tu (avatar, batman etc.) Terlebih ‘matured’ ke? (haha, gelak sorang-sorang). Harap-harap ‘buku’ yang dibawa dapat menghilangkan kebosanan.

Harap dapat berjumpa Malaysia 2 tahun lagi. Doa-doa, semoga selamat sampai di Nashville. InsyaAllah.

بسم الله توكلت على الله

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s