Zionist terrorism

[tag: Zionis itu pengganas!!!]

Zionis itulah yang pengganas atau ‘terrorist’ sebenarnya. Satu dunia mengecam keganasan mereka. Tapi mereka masih belum lagi digelar terrorist oleh media-media barat terutamanya media di Amerika Syarikat. Malahan, pemimpin mereka belum lagi mengecam apa-apa terhadap Israel. Balik-balik orang Islam pulak disalahkannya membawa pengganas dalam konvoi kemanusiaan itu. Jelas terang lagi bersuluh di mana bukanlah Amerika Syarikat kuasa besar dunia tetapi Israel sebenarnya dalang disebalik kuasa Amerika Syarikat.

Penggelapan fakta media-media barat terus menghanyutkan sebilangan majoriti penduduk barat. [link] Yang nyata: Israel itu yahudi dan Amerika pula nasrani. Teringat pula saya dalil ini:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al-Baqarah 2:120.

Kita mengutuk keras setelah apa yang berlaku terhadap sukarelawan yang bertugas menghantarkan bantuan ke Palestin. Dan yang penting, kita seharusnya sedar dan sentiasa sedar terhadap isu Palestin, bukan menunggu berita tergempar baru melahirkan perasaan sayu dan lenyap selepas berita-berita ini senyap. Mari hayati doa qunut nazilah dan saya sediakan beberapa link untuk maklumat-maklumat dan berita terkini di Palestin.

1. Palestinkini

2. Lifeline4gaza

3. HaluanPalestin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s