Hari Keluarga BUSAS 2010

[tag: kem ukhuwwah 2010 BUSAS]

Pada hujung minggu lepas saya berkesempatan menyertai hari keluarga dan ukhuwwah BUSAS 2010. BUSAS ialah singkatan bagi Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah. Bukan niat saya untuk menyertai kem ini, tetapi saya hanya jadi ‘bidan terjun’ menjadi fasilitator bagi kem ini dan kebetulan, kem ini dijalankan ketika saya masih dalam tarikh percutian di Malaysia. Saya pun sudah lama tidak berjumpa dengan saudara Halimi iaitu naqib usrah lama saya ketika saya masih berada di sekolah dahulu. Kalau boleh nak jumpa dengan rakan-rakan naqib yang lain, tapi nampaknya mereka ada komitmen yang lain.

Seronok dapat ber’kem’ bersama adik-adik bekas sekolah saya. Ramai juga yang masih kenal dan cam muka yang dah separa berjambang ni rupanya. Hahaha… layan jugak ber’kem’ dengan diorang ni, mereka semua terdiri dari tingkatan 5 hinggalah tingkatan 2 seramai 43 orang jumlahnya. Lawak hambar memang tak sudah-sudah. Ditambah dengan penceramah jemputan yang kelakar, Tn. Hj. Ismail yang juga bekas sekolah alam shah yang ketika itu masih di Kuala Lumpur. Saya juga mendapat sahabat-sahabat baru iaitu pelajar masters daripada UPM yang juga menjadi fasfilitator dalam program ini.

AJK BUSAS 2010 bersama ustaz dan penceramah

Badan Ugama sangat penting di sekolah sebenarnya realitinya di sekolah-sekolah premier. Merekalah merupakan antara penyokong untuk menyebarkan dakwah serba sedikit di sekolah yang menjadi tugas ustaz dan ustazah. Semasa ber’kem’ yang bertempat di Pantai Morib, Banting, Selangor, apa yang saya perasan tentang sikap pelajar bekas sekolah saya ini ialah berkurangnya senioriti. Ketika saya dulu, senioriti masih agak tinggi walaupun dalam badan agama. Mungkin selepas bertukarnya pengetua dan zaman pun berubah, senioriti antara pelajar semakin terhakis. Saya ucapkan syabas. Tidak kisahlah ada yang setuju atau tidak, tapi, memang senioriti ini sebenarnya agak mengongkong. Sila rujuk sini untuk mengukuhkan lagi pandangan saya.

Satu slot di’kem’ ialah pelajar-pelajar diberi peluang member tazkirah 3 minit sementara menunggu isya’. Dan seorang daripada mereka memuatkan sebuah hadis dalam tazkirahnya berbunyi

Tuntutlah ilmu hingga ke negeri china

Lalu, saya mencelah menerangkan status ‘hadis melayu’ ini (sebab hadis ini memang glamor di kalangan orang melayu). Dengan ilmu yang tak seberapa, saya menyebutkan bahawa hadis ini batil lagi palsu dan bukannya dhoif. Kerana sanad yang batil, dan pencipta hadis ini memang terkenal mencipta hadis-hadis palsu. Segala penerangan anda boleh dapatkan di sini. Banyak lagi hadis batil dan palsu sebenarnya, lain kali kalau ada masa boleh dibincangkan.

bersama fasilitator-fasilitator yang lain

Antara aktiviti yang dilakukan semasa  El-azzhar camp ialah, berkayak, sukaneka, dan bermain ‘team game’ untuk menguji psychomotor manusia. Best gila. Terutamanya kayak, sebab di situ saya belajar berenang. Walaupun ‘fail’ tapi saya lulus ujian ‘water confident’. Wakaka, sebab sebelum ini belum lulus lagi. Haih, bab berenang-berenang ni memang lemah betul. Insyaallah, akan ‘try harder next time. Bring it on!!’. (ye lah tu..)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s