Lepak

[tag: ukhuwwah]

Alhamdulillah, 4 hari keluar rumah (May 22-25), berziarah dan melawat kawan-kawan yang masih berada di kolej persediaan. Saya berasa puas bila bertemu kawan dan merapatkan ukhuwwah yang renggang setelah berpisah selama lebih 2 tahun. Kawan-kawan di kolej persediaan (kolej taylors, KMB & KMS) sebahagiannya masih ada yang menghabiskan saki baki peperiksaan bagi pelepasan untuk keluar negara dan rata-rata masing-masing menunggu masa untuk meninggalkan Malaysia hujung tahun ini. Saya sentiasa mendoakan kawan-kawan saya berjaya walau di mana mereka berada. Dalam atau luar negeri tiada bezanya.

Selain itu, dapatlah sedikit sebanyak saya kongsikan pengalaman tidak seberapa kepada mereka dan juga mengetahui cerita-cerita tentang mereka juga. Di meja makan, di shopping complex, di mapley (warung mamak), di rumah, di semua tempat kami saling berkongsi cerita semasa dan juga mengungkit cerita-cerita lama semasa zaman persekolahan dulu. Indah dan kelakar. Memang saat sebegitu yang indah belaka bagi saya. Saya berasa puas. Sangat puas dapat bertemu kawan-kawan.

Saya juga berkesempatan ke sekolah bertemu ustazah, cikgu yang paling saya rapat di sekolah dan masih lagi saling berhubung. Guru-guru lain, tidak seberapa rapat sangat.

Perjalanan saya pula semasa keluar bersama kawan-kawan semuanya dipermudahkan oleh Allah, saya berasa sangat-sangat bersyukur. Hospitaliti yang diberikan kawan-kawan (di Shah Alam dan Seremban) juga bersama ‘transport’ yang mereka tumpangkan, semuanya saya dahulukan ucapan terima kasih dan rasa kesyukuran. Ini yang membuatkan saya kembali rindu nanti apabila berada di kejauhan nanti. Saya juga sempat berbual-bual dengan seorang doktor pakar (Dr. Zainur Rashid) dan seorang pengetua sekolah, mereka semua mempunyai pandangan dan perspektif masing-masing melalui perbualan yang santai. Pengalaman dan pandangan mereka harus didahulukan walaupun kadangnya tidak semua sehaluan bersama fikiran seorang remaja.

Buat kawan-kawan yang saya sempat bertemu, anda memang ‘awesome’. Aiyo, bila lagilah ada kesempatan macam ni lagi, bila lagilah agaknya yer. Takut nanti, kawan-kawan semuanya sibuk menguruskan urusan hidup masing-masing dan saya sibuk uruskan kehidupan saya sampai tiada lagi masa untuk bertemu dan bersantai bersama. Tak apalah, ada rezeki lain hari kita bertemu, insyaAllah. [doa rabithah].

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

One thought on “Lepak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s