Pakat mai sini (2)

[tag: sambungan pakat mai sini (1)]

Malam itu, kami terus menuju ke Institut Al-Qayyim, bagi melunaskan hajat saya. Setengah jam bermotosikal ke sana. Tempatnya agak dalam dikelilingi kawasan perkampungan cina. Tiba di sana, kami solat Isya’ dan kuliah bermula selepas isya’. Penuh juga dewan waktu itu, semuanya bersila. Kuliah tentang hadis Umdatul Ahkam berkenaan hukum Azzal. Tak perlulah saya huraikan hukum ini, kerana hukum ini lebih kepada hubungan suami isteri di tempat tidur. Ilmu baru bagi saya dan berguna pada yang bakal melangsungkan perkahwinan atau sudah.

perkataannya berbisa

Uniknya, kuliah ini, bukan sahaja mebincangkan hukum ini, juga tentang perawi hadisnya, biodatanya, cerita berkenaan perawi hadis, sumbangannya dan keluarganya, semuanya diceritakan oleh pemberi kuliah. Saya kagum dengan cerita yang diceritakan dan cerita itu diceritakan secara spontan oleh Dr. Asri. Cerita itu berkenaan dengan sahabat nabi Jabir R.A. Itulah yang membuatkan kuliah itu hidup dan menarik. Sirah dan hikmah sebagai contoh dan teladan.

sempat bergambar bersama

Di akhir kuliah ada sesi soal jawab. Satu soalan kontroversi ialah tentang peguam syar’ie bukan Islam. Macam biasalah, memang kena hentam pihak-pihak tertentu oleh Dr. Asri tentang soalan ini. Bagi yang mendengar seperti saya ada betulnya cakapnya, yang tidak, jangan buat cerita. Relevan alasan bersama hadis dan sirah mengukuhkan pendapatnya. Memang sebab itulah Dr. Asri ni, kena hentam dengan orang lain juga sebab pendapat yang sukar diterima ramai. Bagi saya, cuba dengar dahulu setiap pendapatnya dan bukti nas yang diberikan untuk pengukuhan pendapatnya, barulah ‘pendengar’ boleh membuat keputusan terima atau tidak. Cakap-cakap orang, ‘nteeet’ (bunyi buzzer habis masa), memang tak boleh pakai. Tentang wahabi, itu isu lapok. Sebabnya saya pergi dengar kuliah Dr. Asri bukannya Dr. Wahab.

Sebelum pulang, saya sempat membeli buku-bukunya.

salah sebuah bukunya

Pulang daripada kuliah, berhenti makan sebelum kembali ke rumah sahabat saya untuk bermalam.

Hampir 2 tahun tidak menjamah satay

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s