Pakat mai sini (1)

Tidak saya nafikan, P.Pinang memang berkembang pesat. Selepas buat keputusan untuk ‘stay’ di rumah sahabat saya, saya dikunjungi seorang lagi sahabat saya yang tinggal di SP (Sg. Petani) berdekatan dengan Juru. Oleh kerana dia datang dengan kereta, kami ambil keputusan untuk mencari tiket bas saya di pekan, dan secara tidak dirancang, sahabat saya membawa saya merentasi jambatan P.Pinang untuk ke Batu Feringgi melihat pantai di sana. Subhanallah, cantik. Rasa tenang melihat ombak mendesir. Terlupa semua masalah seketika.

This slideshow requires JavaScript.

Pada senja selepas pulang, makan bihun goreng di rumah tokwan, tokwan pulak bercerita tentang motosikal ‘champion’nya (motosikal lama). Memang ketawa terkekek-kekek kami dengar loghat utara ‘pure’ sambil ‘slang’ dan intonasi orang lama. Sahabat saya juga ketawa berdekah-dekah sampai tak jadi makan. Sahabat saya yang seorang itu pulang semula ke SP selepas makan.

Pada malamnya, saya ke kuliah di Institut al-Qayyim, perjalanan selebihnya akan diceritakan kemudian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s