Berbelah bahagi

Seperti yang saya dah katakan sebelum ini, awal minggu ini saya ke Pulau Pinang. Lokasi spesifiknya di Juru, Pulau Pinang dalam kawasan Bukit Mertajam, bersebelahan dengan Seberang Perai. Saya tidur di rumah sahabat sekolah menengah saya. Perasaan rumah sendiri tu memang dah ada sebab, kawasan kampung itu seperti di kawasan rumah saya.

Seperti yang dirancangkan, saya merancang untuk tinggal di rumah sahabat saya itu selama 4 hari 3 malam, sebelum pulang ke Seremban dan tidur di rumah sahabat saya seorang lagi di Seremban, pada Khamis malam, dan akan pulang ke rumah, sebelum bertolak ke Pengkalan Balak, Melaka untuk ‘family gathering’ pada hari Jumaat.

Tujuan saya ke P.Pinang bukanlah sebab alasan saja-saja bercuti. Saya sebenarnya berhajat benar ke P.Pinang untuk mengikuti, melihat dan mendengar sendiri orang yang dikatakan penuh kontroversi di Malaysia iaitu tokoh tajdid, Dr. Asri Zainul Abidin. Orang ramai membawa persepsi, itu dan ini, mendengar cerita itu dan ini lalu menyebarkannya. Ada orang kata itu, orang kata ini. Jadi, saya dengan inisiatif sendiri, melihat sendiri, apa benar sangkaan orang, benar atau tidak kata orang itu dan ini. InsyaAllah, tentang kuliah ini akan saya ceritakan kemudian di post yang lain.

Dalam perjalanan ke P.Pinang, hati saya yakin, semuanya akan berjalan lancar. Bertemu sahabat-sahabat lama, keluar, meluangkan masa percutian yang hanya sebulan ini. Tapi, benar kata orang

Kita merancang, Tuhan juga merancang, namun perancangan Tuhan lebih baik dan sempurna.

Bertolak dari Seremban ke P.Pinang pada Isnin tengah hari, saya sampai di Pulau Pinang lewat petang dan bermalam di rumah sahabat saya. Keesokan paginya selepas subuh lebih kurang 8 pagi, saya mendapat panggilan dari abang saya yang memberitahu bahawa Pak Ngah sebelah ayah saya meninggal dunia di kampung saya, Jempol, Negeri Sembilan . Saya redha menerima berita itu. Kata abang, tak perlulah balik kalau jauh. Bagi saya pun, kalau balik, belum tentu lagi sempat melihat jenazah dikebumikan lepas asar. 10 minit kemudian, abang saya telefon lagi, katanya emak suruh balik juga hari ini dari P.Pinang, lagipun saya dah lama tidak berjumpa sanak saudara.

Saya berbelah bagi ketika itu. Mahu balik ke kampung, atau mahu ‘stay’ menunggu malam kerana kuliah Dr. Asri akan diadakan pada selepas isya di Institut Al-Qayyim, setengah jam bermotosikal dari rumah sahabat saya. Kalau balik pun, tumpuannya sepatutnya pada jenazah kerana itu lebih-lebih diutamakan.

sarapan di warung memang menjadi pilihan

Selepas bersarapan, saya merancang untuk ke perhentian bas berdekatan untuk membeli tiket paling awal hari itu, jaraknya setengah jam bermotosikal dari rumah sahabat saya. Jam ketika itu hampir pukul 9am. Tapi hari gelap, nampak seperti hujan mencurah-curah akan turun. Kami berhenti sebentar di rumah tokwan sahabat saya berdekatan dengan rumahnya untuk menunggu hujan reda.

Sambil menunggu hujan reda, saya berfikir dan cuba ‘review’ hadis-hadis yang saya pernah dengar melalui pengetahuan yang cetek ini. Apakah pendapat yang paling kuat, untuk membuatkan saya balik, atau ‘stay’ menunggu kuliah pada malamnya.

Saya teringat hadis ini:

Maksud sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadith sahih riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Hibban

…barangsiapa meniti suatu jalan untuk mencari ‘ilmu, dipermudahkan Allah untuknya jalan ke syurga…

Juga hadis ini:

Dalam hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung.”

Jadi, saya fikir, atas alasan masa, tak dapatlah melakukan amalan suruhan nabi untuk menziarahi jenazah. Saya buat keputusan untuk ‘stay’ mendengar kuliah, dan balik keesokannya untuk menghadiri keramaian untuk mengucapkan takziah pada mak ngah dan sekeluarga. Moga keputusan saya diredhai Allah.

on the way ke Penang

InsyaAllah, saya sambung lagi, cerita selama 2 hari bersama sahabat saya dan keluarganya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s