Al-Maysir

[tag: world cup 2010]

Hangat di Malaysia minggu lepas, lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan negara. Yang pasti, setiap tindakan ada rasionalnya. Baik dan buruk, pros and cons.

Lesen perjudian ini tujuannya diberikan kepada syarikat-syarikat besar untuk memantau urusan perjudian supaya tiada tipu helah yang dapat dilakukan. Pihak yang mendapat lesen mempunyai kuasa untuk menghalang urusan perjudian yang salah dan hasil cukai daripada lesen yang diberikan akan diaudit kepada sumber kewangan negara yang berteraskan sukan dan rekreasi.

Umumnya, negara kita ini agama kebangsaannya ialah Islam. Itu satu. Keduanya, majoriti penduduk Malaysia merupakan Melayu beragama Islam. Jika yang diberikan lesen itu bukan Islam, syarikat mereka membuka perjudian, walaupun tidak ramai namun, akan ada orang Melayu Islam yang akan menyertai perjudian bola sepak itu juga. Menjadi satu hal, untuk JAKIM, JAIS, atau jabatan-jabatan agama yang lain memantau tiada orang Melayu Islam yang menyertainya.

Saya tidak mahu mengulas panjang. Sila rujuk artikel Dr. Asri tentang lesen perjudian ini. Jika rasional mereka membenarkan lesen perjudian mengelakkan sindiket perjudian kongsi gelap yang lebih bahaya, mereka yang membenarkan lesen ini sebenarnya berada dalam loss-loss situation. Penguatkuasaan untuk menghalang apa-apa urusan perjudian perlulah diketatkan. Itu mungkin lebih penting.

Mungkin pendapat saya agak bias. Tapi, inilah realitinya. Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Al-Maidah 5:90

Sebagai Muslim, tiada kompromi bagi perjudian, mahupun yang memberi lesen, yang menguruskan perjudian, yang menerima duit perjudian, dan yang memakan duit hasil perjudian semuanya haram di sisi Islam. Nilailah sendiri hasil negara daripada hasil perjudian, apakah kita boleh dikira lagi sebagai negara Islam. Mari kita sama-sama renungkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s