Siapa Datuk Rasulullah S.A.W.?

[tag: mengenal Rasulullah S.A.W.]

Ramai antara kita cukup kenal akan baginda Rasulullah S.A.W. dan tahu mengenai sirahnya. Rasulullah S.A.W atau nama penuh baginda, Muhammad Bin Abdullah iaitu Pesuruh Allah dan Kekasih Allah. Baginda ialah Ketua bagi umat Islam dan baginda jugalah nabi bagi umat akhir zaman. Susuk tubuh baginda, perlakuan baginda, sifatnya, gayanya, cara pertuturannya, kepimpinannya, kejujurannya malah semua telah diceritakan dan dijelaskan dalam buku sirah atau biografinya. Namun, jarang-jarang orang mengetahui tentang datuk Rasululah S.A.W. iaitu Abdul Muttalib.

Antara moyang Rasulullah ada yang bernama Qusai Bin Kilab dimana beliau merupakan seorang bangsawan Makkah dan mempunyai isteri bernama Hulail. Ketika itu Qusai bin Kilab ialah pemerintah Makkah yang bijaksana lagi adil namun terpaksa menempuhi pelbagai onak dan cabaran sebelum dapat menguasai kerusi pemerintahan Makkah. Dari kesemua anak Qusai bin Kilab ini ada di antara anaknya bernama Muttalib dan Hasyim. Sejarahnya, Hasyim memperisterikankan Ummu Hasyim dan mendapat cahaya mata yang bernama Syaibah. Namun ajal dan maut telah menentukan segalanya, Hasyim iaitu bapa kepada Syaibah telah pergi meninggalkannya selama-lamanya sejak dari kecil lagi. Oleh itu,hak penjagaan Syaibah jatuh ke tangan Ummu Hasyim dan Syaibah dijaga oleh ibunya di kawasan luar dari kota Makkah kerana ibunya berasal daripada keturunan bangsawan dimana suku kaum ibunya juga turut tinggal di luar kota Makkah.

Setelah dewasa dan mencapai umur remaja, bapa saudara Syaibah, Muttalib berhasrat ingin membawa Syaibah ke kota Makkah semula. Namun ibunya menentang akan tindakan Muttalib. Namun, Muttalib menegaskan pendiriannya kerana Syaibah ini berasal daripada keturunan Qusai bin Kilab dan Syaibah ialah pemuka Quraisy sepatutnya tinggal di dalam kota Makkah, malah umurnya sudah cukup matang untuk itu. Jadi terpaksalah si ibu mengalah dan meminta supaya Muttalib merujuk kepada persetujuan Syaibah sendiri. Setelah membuat pilihan, Syaibah bersetuju untuk mengikut Muttalib untuk kembali semula ke kota Makkah dan tinggal bersama bapa saudaranya itu. Dari perjalanan di luar kota Makkah ke kota Makkah, Muttalib menaiki satu kenderaan dengan anak buahnya itu dimana beliau duduk dihadapan dan Syaibah menaiki di belakang bapa saudaranya itu. Sebaik sahaja sampai di Makkah, ramai yang melihat Muttalib membawa seseorang bersama dengannya. Masyarakat arab Quraisy ketika itu sangat terkenal dengan sistem jual beli perhambaan. Maka mereka menyangka bahawa pemuda yang bersama Muttalib itu ialah hamba barunya. Jadi disitulah tercatatnya nama pemuda (Syaibah) itu digelar dan dipanggil oleh masyarakat arab Quraisy ketika itu sebagai Abdul Muttalib yang bermaksud hamba Muttalib. Itulah sebenarnya antara kisah yang tersingkap disebalik nama Datuk Rasulullah S.A.W. yang bernama Syaibah ini.

teringin rasanya ingin melawat sekali ke makam baginda S.A.W.

Di sini dapatlah kita tahu bahawa Rasulullah pun sebenarnya berasal dari keturunan yang sangat terpuji. Daripada keturunan moyangnya sehinggalah datuknya mereka semuanya berasal dari golongan bangsawan dan golongan yang dihormati. Betul kata pepatah, ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’. Allah menjadikan Muhammad daripada keturunan yang terpuji.

Daripada riwayat Imam Tarmizi, pernah Muhammad bin Abdullah naik ke atas mimbar dan bertanya, “siapakah aku?” sahabatnya berkata “Kamu Pesuruh Allah, ke atas kamu kesejahteraan. Muhammad berkata, “Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib. Sesungguhnya Allah menjadikan makhluknya dan menjadikan mereka dua kumpulan dan Allah jadikan aku daripada kumpulan yang terbaik. Kemudian Allah menjadikan mereka berbagai kabilah. Kemudian Allah melahirkan aku daripada kabilah yang paling baik. Kemudian Allah menjadikan mereka rumah-rumah dan Allah menjadikan aku dari rumah yang paling baik”.

Jadi mari kita nilai diri kita daripada golongan yang mana. Apakah kita dari generasi yang terbilang ataupun yang terbuang. Kesimpulannya, keturunan ini melambangkan personaliti diri kita maka mari kita ambil iktibar daripada keturunan Nabi kita. Mudah-mudahan kita akan menjadi golongan yang baik-baik dan apabila keturunan generasi yang kemudian yang kan kita lahirkan nanti, mereka senang untuk mengaku siapa nenek moyang mereka sebenarnya.

rujukan:

buku Biografi Muhammad bin Abdullah tulisan Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman

Advertisements

2 thoughts on “Siapa Datuk Rasulullah S.A.W.?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s