Pengganti Datuk?

[tag: Piala]

Datuk Lee Chong Wei sudah hampir ke penghujung 20-an umurnya. Nampaknya, sudah tiba masanya Malaysia memerlukan pelapis baru mengganti Datuk Lee Chong Wei. Walaupun kecundang Piala Thomas tempoh hari, kredit tetap juga diberikan kepada skuad Malaysia kerana mencapai target ke separuh akhir.

Menonton badminton memang mendebarkan, boleh jadi gugur jantung kalau taksub sangat pada badminton ni. China terlalu kuat untuk Malaysia kalahkan. Walaupun ranking Datuk Lee Chong Wei masih lagi nombor 1 dunia, tapi ranking hanya kedudukan mata sahaja. Ternyata Lin Dan lebih kuat. Begitu juga dengan pasangan beregu Tan Boon Heong/Koo Kin Keat.

Saya sendiri menonton kesemua game Malaysia di piala Thomas melalui chanel Arena. Hendak dikatakan mana silapnya, entahlah. Orang kata, Malaysia hanya mengharapkan kuda tua sahaja untuk piala Thomas kali ini. Betul juga, kalau nak dibandingkan dengan negara lain, Denmark contohnya, 4 daripada 5 game, semuanya dimainkan oleh pemain muda. Jepun yang membarisi pemain muda juga mampu kalahkan Malaysia. Indonesia juga mempunyai barisan pemain muda dan pelapisnya.

Justeru, apa yang dirisaukan pihak BAM juga rakyat Malaysia seperti aku ni, bukanlah piala Thomas kali ini, tetapi piala Thomas akan datang dan kejohanan besar-besar seterusnya. Lee Chong Wei sudah boleh berbangga dengan kejayaannya bila bersara nanti (mungkin 4-5 tahun lagi). Pangkat Datuk pun dah dapat. Yang merisaukan ialah untuk mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei sebagai perseorangan utama negara.

Barisan Pemain Perseorangan Malaysia Piala Thomas 2010:

Datuk Lee Chong Wei (28 tahun), Wong Choong Hann (33 tahun), Muhammad Hafiz Hashim (28 tahun).

Kalau di TV9 kita lihat ada usaha untuk mencari pelapis muda bermula kanak-kanak lagi melalui rancangan realiti ‘Jaguh’. Syabas. Sepatutnya, bukan sahaja badminton, malah banyak lagi sukan dan bidang memerlukan pelapis. Bukannya mencari penyanyi pelapis. Bagi aku, tamatkan sahaja Akademi Fantasia dan program realiti seangkatan dengannya yang dah lapuk dengan drama-drama nyanyian mereka. Rancangan realiti ni pun, kebanyakan yang menyertainya ialah orang Melayu. Dan nanti, yang glamor pun seorang dua saja. Itupun sekejap.

Jadi, sediakanlah rancangan mencari pelapis sukan atau usahawan muda atau apa-apa rancangan yang mampu memartabatkan pemikiran rakyat Malaysia dan bangsa Melayu kalau benar ingin memperjuangkan Melayu dan kaum -kaum lain.

Sesebuah bangsa akan hanya akan maju dengan ketamadunan Ilmu, bukan dengan nyanyian.

p/s: menyanyi dalam bilik air saja dah cukup rasanya. Tak perlulah ke audition kalau dah tahu tak sedap. =P

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s