Bercuti

[tag: minggu pertama percutian sebulan di Malaysia]

Sudah seminggu saya di Malaysia. Perasaan ketika ini memang seronok, sebab dapat bertemu keluarga. Ye lah, dah dua tahun tidak berjumpa. Tipulah kalau tiada perasaan rindu. Seminggu ini, memang tiada ‘progress’ sangat dalam kehidupan seharian, melainkan ‘jetlag’ pada dua hari pertama selepas tiba di tanah air. Dulu, masa baru ‘fly’ ke Amerika,’ jetlag’ ni memang tidak terasa sangat. Mungkin sebab seronok sangat nak ke luar negeri. Tapi, hari tu, memang terasa sangat-sangat ‘jetlag’. Ada satu malam, entah macammana, baru lepas bangun tidur, kemudian saya tunaikan solat Isya dan tertidur balik di atas sejadah. Tanpa disedari!!

Dalam tren semasa transfer ke platform penerbangan antarbangsa di Houston, Texas.

Tambah pula, hari pertama selepas pulang, saya sibuk menguruskan urusan kad pengenalan sementara. Disebabkan kad pengenalan tertinggal di kampus, dan bila tiba di Malaysia, urusan pengeluaran duit semuanya memerlukan MyKad untuk pengenalan cap jari. Mahu tidak mahu,saya pun pergilah ke jabatan pendaftaran berbincang tentang urusan MyKad yang tertinggal. Saya katakan pada mereka, MyKad saya tidak hilang, dan pegawai tu membalas bahawa ini kes cuai dan perlu digantikan dengan MyKad baru bersama bayaran kompaun RM100. Mahalnya! Saya pun cubalah memberi alasan iaitu saya pulang untuk sebulan saja dengan bukti tiket kapal terbang, sebab urusan pengeluaran MyKad yang baru pun ambil masa sebulan juga. Pegawai itu mangangguk tanda menerima alasan saya, dan bagi cadangan untuk ke balai polis, buat laporan untuk menyatakan MyKad saya tertinggal di kampus universiti. Selepas buat laporan, saya pun terus ke bank untuk pengesahan dan mengeluarkan sejumlah wang. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah.

Pancit juga seharian bermotosikal. Mula-mula ke balai polis di Rompin, kemudian ke pekan Bahau untuk ke jabatan pendaftaran, kemudian ke Bank Rakyat. Bayangkanlah 2 tahun sudah tidak menunggang. Dengan cuaca panas terik bertopi keledar. Memang letih. Tapi, saya bukannya menunggang style mat rempit. Memang sudah naluri membawa motosikal, bila jalan kosong saya akan memecut sedikit, dan kalau banyak kereta saya tak mahu bermain dengan risiko. Rasionalnya pada pemikiran yang menunggang. Bak kata papan iklan,

Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Laporan polis pertama dalam hidup saya.

Minggu pertama di Malaysia agak meletihkan dengan perubahan cuaca panas yang amat ketara. Seminggu ini, setiap pagi, tolong mak uruskan bunga-bunganya. Cantas-cantas dedaun, siram-siram pokok, cangkul-cangkul tanah, sapu-sapu sampah. Seronok dapat tolong mak, tapi kalau hari-hari macam ni memang akan ‘tough’ lah badan, sebab memang agak memenatkan buat kerja-kerja bertani ni.

Minggu depan saya akan memulakan perancangan perjalanan percutian cuti-cuti Malaysia saya yang sudah disiapkan seminggu awal. Semuanya Alhamdulillah apa yang dirancang tampak seperti berjalan lancar. Apa plan saya? InsyaAllah, akan diceritakan selanjutnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s